tersayang !

Sunday, February 27, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Kalau nak diikutkan, last skali aku join Sambutan Maulidur rasul ni time aku form 5. Korang ? Mesti macam aku kan. Time-time skola je sambut maulidur rasul ni. Papa ajak aku ikut majlis Sambutan Maulidur Rasul dekat Kuang, Sg. Buloh kat Rumah Anak-anak Yatim damai Anjuran Yayasan RNZ (company papa). Aku pun cam tak buat ape kat rumah, So, Join je la sekali. Pukul tujuh Pagi da bangun n bersiap. Huishh. Bangun awal pagi di hujung minggu? Mata macam kene gam ! huk :p

Meja untuk RNZ GROUP dah disediakan awal-awal. Agak terasa jadi VIP la kejap kan. Haha.


Pukul 8 dah sampai Kuang, ikut dari aturcara, Pukul 8 start. Tapi, pukul 9 baru start berarak. Ni la melayu. Tak penah tepati masa. Bosan betul. Hish !
  

   Ini anak yatim PUTERA. PUTERI kat belah belakang, Tak sempat nak tangkap. Separuh dari diorang. Kecik-kecik je lagi budak2 ni. Ada tu yang masih tak boleh berjalan. Ape la perasaan anak-anak yatim ni yer. Bila datang majlis ni, aku mula la rasa bertapa bersyukur nye aku yang masih lagi ada kedua  ibu bapa. Apa aku nak, kebanyakannya dapat. Hm. Kesian diorang. Kalau aku ada kat tempat diaorang macam mana ye ? mesti sedih tengok orang lain ada ibu bapa. Tabah betul hati mereka ni.


Ini muka excited berarak yang tak sampai 100 meter tu. Enpon kat tangan tu duk pegang sebab nk carik kaberage. Haha. Tweet ! Tweet :) Sebelah aku ni tak silap budak taska. Bukan anak yatim hokeh ! Sambutan ni bukan antara anak yatim jer.


Mama and Papa lagi ! :) Whichever aktiviti yang aku wat sekarang, semua diorang akan ada. Aku memang anak mama n papa. Best tau kua ngan diorang. Sesen pun tak penah kua :p


 Sila fokus pada yang bertudung putih. That's Arfa la ! Mula-mula dia mintak aku dukung dia. Dah nampak budak-budak ni baru dia mintak turunkan, dan berarak sekali. Dia memang terlalu seronok dengan pengalaman baru dia ni.


Muka letih aina yang lapar dan kepanasan. Khemah yang kami duduk ni kipas dia rosak ! Kepanasan ya amat wehh. Time ni memang da rancang nak balik. Tapi keta papa kene block ngan myvi ! demmmmm ;(


 Tetiba arfa nampak comey plak lam pic ni. Setuju tak ? :p Arfa duk merungut je. Susah jaga budak kecik ni. Tak padan kecik. memang sangat kepala batu. Haha.
 Arfa yang amek pic ni. Terer kan ? Tak perlu DSLR la. Kamera phone pun cukup. Da cantik da gamba. Hihi. macam-macam persembahan ad, sajak, nasyid, syair, berzanji dan sbgnya. boleh tetidooo.. zzzzZzZZZz..


 Aktiviti peberet aku kini dan selamanya, MAKAN ! aku amek telur dadar, ulam raja, nangka masak lemak, udang masak petai, ngan ayam goreng. nyummy ! It's simple. Tapi makanan yang macam ni yang aku suke. Even though aku duk bandar, parents aku tak pernah lupa didik aku ngan makanan kampung. nyumm ! Ehh, tau tak !  sekarang aku terasa lapar... hihi >.<


 Ini wajah excited nak balik ! Haha. Kepanasan yang melampau. Tak boleh tahan wehh. Walaupun kene block ngan Myvi, papa gagahkan jugak bagi kereta dapat kua dari parking site tu. papa aku memang hebat :)

Arfa bertudung. Comel kan ?

Korang scroll balik gambar paling atas. Kebosanan nye pasal, lunyai kertas ni aku kerjakan :p

No comments: