tersayang !

Friday, November 11, 2011

SILA JAGA TEPI KAIN SENDIRI PLEASE !

Kadang-kadang kan, ada tak terlintas di hati dan fikiran orang yang suka jaga tepi kain orang ni macamana rasanya berada ditempat orang yang dijaga tepi kain nya itu.

Pernah tak terlintas kat fikiran macamana dekat tempat dia pun akan terjadi satu hari nanti. Contohnya hari ini dikutuk orang yang boyfriend orang tu tak kaya, kerja tak masyuk, tulat nanti kena batang hidung sendiri. Macam orang dulu kata, 'what's goes around comes around'. Ada pernah terlintas tak ? Atau boleh buka fikiran lebih meluas ?

Bagi saya, banyak lagi hal-hal yang manis boleh saya lalui dari mencuba menjatuhkan orang. Mesti sakit hati kalau tidak dapat menjatuhkan orang yang kamu benci bukan? Kenapa mesti nak menyakiti hati sendiri? Jadilah manusia yang dikurniakan akal untuk berfikiran lebih matang.

Rasanya bukan susah untuk tidak cuba menyakitkan hati orang lain sekiranya hati kamu disakiti. Kan ?

Jadinya, blog saya ini  dicipta untuk menulis apa yang saya lalui dalam kehidupan seharian. Bukan untuk mengumpul orang untuk pertikai apa yang saya buat.

Satu jari kamu tunding ke arah orang lain, sembilan jari yang lain tunding ke arah kamu.

Cuba berfikir sejenak, bahagia kah kamu dengan kehidupan kamu sekarang ? Sempurna kah kehidupan dengan menjadi seorang 'kambing hitam' dalam kehidupan orang lain ? Fikir kan baik buruk sesuatu perkara sebelum nak cakap apa-apa dekat orang lain. Jangan pertikai kehidupan orang lain jika kamu tidak berada di dalamnya.

To my haters, terima kasih. :)