tersayang !

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

LONG DISTANCE


kalau lah Ipoh dengan KL ni perjalanan 15 minit jer, mesti best kan :')

Friday, November 4, 2011

4 NOVEMBER 2011


Tido awal keletihan berkerja di siang hari, dan bangun pagi-pagi baca bbm sweet begini. Ouh bahagia nya ! :) Memang sehari suntuk aku tersenyum bahagia. Bayangkan lah tengah buat kerja yang serabut palotak pun aku boleh tersenyum. Kan gila namanya tu. Haha. Ahh !, pedulikkan. Aku seronok dengan kehidupan aku sekarang.

Thanks Love.

You always special in my heart :)

5 Y 9 M <3

Saturday, September 17, 2011

TIADA REZEKI KALI NI :'(


Harini aku ikut En. Boyfie pegi event MUSC Drag Challange kat Putrajaya. Pukul 8.30 aku kua umah & jumpa diorang kat Kelana Jaya. Then gerak pegi presint 12, putrajaya. Aku drive sendiri, sebab takut ada hal pape, so aku taknak menyusahkan En. Boyfie. :)



Okeh, sume persona n gen-2, En. Boyfie plak satu-satunya neo dalam team S4PH yang join event kali ni, dan aku plak satu-satunya myvi yang tadek kena mengena ngan diorang. Siyez, aku rindu gila nak berkonvoi T_T


As usual, janji melayu tak pernah tepat, kata start kul 10, tapi pukul 11 event tak start lagi. Haissshh. Memula sume nya okey, En, bofie pun dapat masuk top 8, and bila pusingan kalah mati pulak, time tengah 200m, En. Boyfie Miss gear ! Ape itu miss gear ? Miss gear adalah kesalahan menukar gear, sepatutnya masuk gear 3, tapi tertolak masuk gear 5 ! Memang takde luck untuk En. Boyfie menang kali ni. Katanya akan tebus semua ni balik. Ape yang aku buat semestinya sentiasa support dye =)


Time tengah amek gamba ni, memang En. Boyfie tersangat lah down. Time tengah race tu, memang dia tengah lead :'( sume pun nampak dia leading, tapi tu lah, nasib tak sebelah kat pihak dia T_T . I'll try to comfort him back and suh dia wat lagi bagus untuk next round. Dia boleh senyum lepas tu :) Ini sangat membahagiakan aku & dia !


 Last but not least, congrats S4PH racing team :) Aku memang tukang amek gambar je. Hahaha. Pas event ni pegi rumah member ijam. wedding sape pun aku tatau lah. Tapi dulik ape, aku da lapar. So, telan je ape yang ada. Hoho. Pastuh aku balik, sampai rumah dalam kul 6, and tido smpai Isya'.  Haha. Kbai !

Friday, September 16, 2011

GOOD LUCK AFV !

Esok En. Boyfie akan join event MUSC drag challange kat Putrajaya, dulunya kat cyberjaya. Aku sendiri pun tatau apesal berubah tempat. En. Boyfie join event ni pun lepas punya lama berehat. Rasanya nak dekat setahun gak kot dye tak join event ni. Suddenly dia kata nak join balik dis event and mula setup balik kereta dia. Ermm, all I can say is wish him best of luck for tomorrow without doing any mistake. 

AFV 1154 is readeh !

P/S : Dear En. Boyfie, doa saya sentiasa mengiringi kamu. Pesan saya, alert kat lampu trafic tuh (tatau ape nama natang tu sebenarnya. Haha ) , jangan miss gear, and always confident with yourself. So, jumpa awak besok yer ! Love you =)

Wednesday, September 14, 2011

TERIMA KASIH AWAK :')

Only you ; Muhammad Syazwan

Awak, Terima kasih sebab masih terima saya dalam hidup awak.

Saya tak jujur ngan awak, saya mainkan hati awak. Saya buat perangai pergi bercinta ngan orang lain. Saya tau bertapa bodohnya saya wat sume ni. Saya mintak maaf awak.

Bila awak tahu pasal sume ni, awak hanya mampu menangis, dan saya tau hati awak terlalu sebak & terluka. Saya mintak maaf sekali lagi. Dan awak tetap beri kepercayaan awak kat saya. Awak tahu tak bertapa bertuahnya saya dapat lelaki macam awak ? :')

Sekarang saya sedar bertapa pentingnya awak dalam hidup saya. Untuk kali ketiga, saya mintak maaf. Sikit pun tak terniat dalam hati saya untuk balas perbuatan awak dulu. Saya tahu, awak memang da berubah sepenuhnya. Terima kasih sebab berubah demi saya. Saya hargai dengan perubahan awak. Awaklah yang terbaik :')

Kita luangkan satu malam untuk luahkan semua yang kita sama-sama pendam. Banyak rupanya cerita antara kita kan ? Kat situ gak kita sama-sama janji nak bukak buku baru kan? Pasal perempuan kacau awak, pasal lelaki kacau saya. Bila difikir balik, macam kelakar jadinya. Haha.

Saya janji akan menjadi terbaik untuk awak, sama macam yang awak janji ngan saya :)

Terima kasih untuk lagu PELENGKAP HIDUPKU tu, best ! Saya dengar bila saya rindukan awak.

Dan sekarang, saya terlalu merindui awak,jaga diri awak kat sana ye. Takkan sesaat pun saya lupakan awak Syazwan :')

Monday, September 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA !


Sebulan dah berlalu, skang tiba RAYA. Paling aku tak suka bout raya bila aku terkenang Arwah Mak Tok aku. hurmm. We Miss her :') Semoga MakTok bahagia disana. Amin

Pada aku, aku hanya ucapkan maaf zahir batin kepada yang tertentu sahaja. Sebab ? Ok, aku tanak hipokrit macam sesetengah manusia yang beria minta maaf, menangis sampai meleleh hinguss tapi hanya dari kata-kata, bukan dari hati. Ramai kan manusia berperangai begini ? Hukum Alam kot. Kan ?

Dan pada aku yang terlebih Degil ni, bukan semua orang aku leh maafkan, lagi-lagi yang suka kait mengait antara aku dan hal keluarga, yang kalau boleh satu dunia nak dijaja cerita nya. Nak pandang pun aku tak nak dah. Ntah bila hati ni boleh memaafkan pun tak tahu. Moga Allah lembutkan sikit hati aku ni. Tapi kan, Sekurang-kurangnya, aku tidak sekejam kakak aku yang menggunakan HAND SANITIZER lepas bersalaman ngan orang yang annoying buat dia. Ganas kan ?

Papa selalu berpesan, ape-ape yang jadi, kita tetap berLAPAN, biar orang nak buat apa, biar orang nak reka cerita apa kat orang lain, kita just abaikan. Kalau orang tak nak kenang jasa time dia 'perlukan' bantuan kita, itu hak dia. Dia ada akal, boleh fikir. Hebat kan papa aku ? Sebab tu jadi utuh ikatan kekeluargaan kami, aku pula tak penah nak simpan rahsia dari mama ngan papa aku even sekelumit kuman pun. Sporting kan mereka ?

Aku sangat bahagia ada keluarga yang sempurna. Kbai!

Tuesday, February 22, 2011

PETANDA BAHAWA DIA JODOH KITA *love

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

*** Memang en. boyfie tak pernah nak kaber2 perangai dia depan aku. Nak kentot pon main lepas jer. Haha. Dia sangat berkira dengan cara dia berpakaian, doesnt mean dia berpura-pura kan ? :)

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

*** Woisshh, dah lah kami ni duk jauh. Jadinya, bila berjumpa, Takkan ader terkeluar perkataan 'bosan' pun. Kalau dah lama tak jumpa, memang bergaduh jer la jawabnya. haha. I'm happy with him ;)

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

*** Uhh, kisah silam ? Aku bukan seorang yang suka mengungkit benda dah lepas. Tak macam bodoh ke sebut benda yang dah lepas ni ?

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

*** Long distance relationship memang sangat memerlukan kejujuran lah. Alhamdulillah, 5 tahun kekal bersama dengannya :)

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

*** Lot of secret of him aku tau. Macam tu jugak aku. Aku memang letak kepercayaan yang tinggi kat dia ni :)

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

*** Jujur la, aku bukan manusia yang mudah dibawak berbincang. Tapi, en.boyfie ni banyak sabar ngan kerenah aku. How sweet of him kan ? :) Tapinya, mana jer lepas ni dia nak pergi, aku nak itottt ! hehe :D

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

*** Camner nak bercinta kalau tak memahami ? Haiyooo, kene bercinta paksa hape ? Duhh ~

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

*** Kelemahan dia ? Hahahaha. :p Kelemahan aku ? hahahahha. Kami jer la yang tau.. ishh~ Sebok je !!

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

*** Sebab percaya kata hati aku ni la kami kekal bersama. Wee ~ :)

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

*** Sesungguhnya semua ku serahkan kepada Allah samada untuk izinkan aku bersama dia atau tidak. Aku sentiasa redha dengan apa yang tuhan anugerahkan. Jadi alya, Lets move on first stage :)

Tuesday, January 11, 2011

All About a GIRL

When she is quiet, millions of things is running in her mind.

When she is not arguing, she is thinking deeply.

When she stares at you, she is wondering why she love you so much in spite of being taken for granted.

When she always call you, she wants to know what you are doing.

When she SMS you everyday, she wants you to reply at least once.

When she says I LOVE you, she means it,

When she says I MISS you, no one in the world can miss you more than her.

When she says I will stand by you, she will stand by you like a rock.

.
**
Girls are always special.
She is said to be 8th wonder.
She is always priceless treasure.
Never Hurt her or take her wrong or for granted.


much loves!