tersayang !

Wednesday, September 14, 2011

TERIMA KASIH AWAK :')

Only you ; Muhammad Syazwan

Awak, Terima kasih sebab masih terima saya dalam hidup awak.

Saya tak jujur ngan awak, saya mainkan hati awak. Saya buat perangai pergi bercinta ngan orang lain. Saya tau bertapa bodohnya saya wat sume ni. Saya mintak maaf awak.

Bila awak tahu pasal sume ni, awak hanya mampu menangis, dan saya tau hati awak terlalu sebak & terluka. Saya mintak maaf sekali lagi. Dan awak tetap beri kepercayaan awak kat saya. Awak tahu tak bertapa bertuahnya saya dapat lelaki macam awak ? :')

Sekarang saya sedar bertapa pentingnya awak dalam hidup saya. Untuk kali ketiga, saya mintak maaf. Sikit pun tak terniat dalam hati saya untuk balas perbuatan awak dulu. Saya tahu, awak memang da berubah sepenuhnya. Terima kasih sebab berubah demi saya. Saya hargai dengan perubahan awak. Awaklah yang terbaik :')

Kita luangkan satu malam untuk luahkan semua yang kita sama-sama pendam. Banyak rupanya cerita antara kita kan ? Kat situ gak kita sama-sama janji nak bukak buku baru kan? Pasal perempuan kacau awak, pasal lelaki kacau saya. Bila difikir balik, macam kelakar jadinya. Haha.

Saya janji akan menjadi terbaik untuk awak, sama macam yang awak janji ngan saya :)

Terima kasih untuk lagu PELENGKAP HIDUPKU tu, best ! Saya dengar bila saya rindukan awak.

Dan sekarang, saya terlalu merindui awak,jaga diri awak kat sana ye. Takkan sesaat pun saya lupakan awak Syazwan :')

Wednesday, September 7, 2011

CINTA BARU

Dah terlambat ke ekh nak bercerita ? Tak lagi kot. Masih fresh dari ladang ! :)
Cinta baru, sedap tak tajuk entry ni ? Hasil titik peluh 8 bulan berkerja kat Subaru, terasa cam gatal tangan nak beli kereta baru atas nama sendiri. So, taddaaaaaa....

Setakat ni, tu je yang aku mampu. Tapi takpe, mana tahu 5 6 tahun lagi tuka ke civic pulak kan. Ececeeehh. Amin ! Amin !

Lepas beli kereta ni baru la aku inform kat parents aku. Semestinya diorang terkejut, tapi tak bule nak buat ape la. Duit sendiri kan. Hihihihi. ***3 hari mama tacing ngan aku,

 Terpaling suka interior die. Agak comel dan menarik hati. Inilah peneman setia saya walau kemana sahaja mulai sekarang. yeahh! Alhamdulillah.

TQ for those who likes and comments. Much appreciated :)


DOB : 16 August 2011

Monday, September 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA !


Sebulan dah berlalu, skang tiba RAYA. Paling aku tak suka bout raya bila aku terkenang Arwah Mak Tok aku. hurmm. We Miss her :') Semoga MakTok bahagia disana. Amin

Pada aku, aku hanya ucapkan maaf zahir batin kepada yang tertentu sahaja. Sebab ? Ok, aku tanak hipokrit macam sesetengah manusia yang beria minta maaf, menangis sampai meleleh hinguss tapi hanya dari kata-kata, bukan dari hati. Ramai kan manusia berperangai begini ? Hukum Alam kot. Kan ?

Dan pada aku yang terlebih Degil ni, bukan semua orang aku leh maafkan, lagi-lagi yang suka kait mengait antara aku dan hal keluarga, yang kalau boleh satu dunia nak dijaja cerita nya. Nak pandang pun aku tak nak dah. Ntah bila hati ni boleh memaafkan pun tak tahu. Moga Allah lembutkan sikit hati aku ni. Tapi kan, Sekurang-kurangnya, aku tidak sekejam kakak aku yang menggunakan HAND SANITIZER lepas bersalaman ngan orang yang annoying buat dia. Ganas kan ?

Papa selalu berpesan, ape-ape yang jadi, kita tetap berLAPAN, biar orang nak buat apa, biar orang nak reka cerita apa kat orang lain, kita just abaikan. Kalau orang tak nak kenang jasa time dia 'perlukan' bantuan kita, itu hak dia. Dia ada akal, boleh fikir. Hebat kan papa aku ? Sebab tu jadi utuh ikatan kekeluargaan kami, aku pula tak penah nak simpan rahsia dari mama ngan papa aku even sekelumit kuman pun. Sporting kan mereka ?

Aku sangat bahagia ada keluarga yang sempurna. Kbai!

Saturday, September 3, 2011

KAU ADA?

Kenapa tajuk entry ni aku tulis KAU ADA ?
Sebab perkataan ni cukup annoying untuk aku !
Macam seseorang yang nak tunjuk hidung tinggi plus menunjuk ape yang dia ada dengan niat nak sakitkan hati orang lain.
Tapi bila orang sakitkan hati dia balik, dia sangat tak boleh terima. Haihh. Kasihan.
Those yang suka guna perkataan ni are really damn stupid.
Sikit-sikit nak cakap perkataan ni.
Tah aper jenis perangai tah.
Macam kambing ! Lalalala
Ingat ye, umur tak menunjukkan kematangan manusia. Pfftt

Cth : "Aku baru beli handbeg mahal ni, ratus-ratus, KAU ADA?"

See, nampak tak contoh manusia BONGAK macam ni ?
macam la masuk kubur pun ngan harta+benda kau yang suka ditunjuk-tunjuk tu.
Tak lama mana pun ngan orang suka berlagak ni.

So aku rasa macam banyak lagi perkataan lain boleh digunakan kan ?
Pe guna belaja bahasa Melayu kat sekolah dulu beb !



Agak cute gambar ni tapi agak biadap bahasanya. Maaf.

Monday, August 15, 2011

BOWLING


CUMA NAK BAGITAU, RINDU GILA NAK MEN BOWLING !
2 BULAN DA TAK MEN :'(
HUWAAAA.
RINDUU..RINDUUU.


**Apesal la memanjang jer busy aku ni. Nak men boling pon tak dan dah :'(

Tuesday, August 9, 2011

TEST TEST

Nak cuba belajar update blog dari fon. Senang kan ? Selama ni kemalasan melanda sebab tak pacak kan muka ni dean pc. Ngehngeh.
Hurm. Selamat berpuasa untuk hari ke-9. Kbai ! =)

Friday, August 5, 2011

TEDDY BEAR


Hadiah dari seseorang. Saya tak mintak. Tapi tetiba je dapat. Err, BTW untuk awak, Terima kasih bebanyak yer. Saya hargai :)

Name : Teddy Bear ( Nama len tak dan nak fikir lagi)
DOB : 3 August 2011.

Tuesday, August 2, 2011

Plants vs. Zombie

Pernah dengar tak pasal games ni ?
Sekarang ni, semua orang citer pasal angry bird !
Wahhh, aku paling tak suka game tuh.
Membuat aku jadi panas hati. =p
Oke, meh citer sal game ni yang aku rasa macam lebih mencabar, plus kene banyak guna strategi :)
Those yang pernah main mesti faham dengan apa yang aku maksudkan.


Disebabkan aku yang terlalu addicted untuk game ni, aku beli la menan-menan ni. Haha. Budak opis kata, tempat aku da macam Toy Shop. Siott jer :p


Haaa. Manyak kan? Ni baru sikit la, ada lagi yg tak captured pic. :)



Bila dah main, time-time camni la paling best ! bila grass da penoh ngan plants. Hehe.
Try la main game ni. Konfem puas hati. Kbai !

Sunday, July 10, 2011

GELAK BESA BESA

Ha'ah kan.
Belog ni dah berhabuk. Pemalas langsung nak hapdate.
Sebulan sekali update. gila hape tah kan ?
Haha. Nak cari ubat untuk penyakit M jap.
kbai ! :)

Saturday, June 4, 2011

KEBUSYAN YG TERLAMPAU

Wahhh.. Dasyat.
Sebulan sekali je hupdate blog ni.
Hehe :D
Al-maklum lah, bukan ada masa nak update pape.
Rutin harian macam sama je.
hari-hari lek uma lewat.
Haish.

Lagi pun, aku bukan cam orang lain yang update blog untuk menunjuk barang-barang yang baru dibeli,
Mama selalu berpesan "Orang yang suka menunjuk ni sebenarnya orang yg susah nak dapatkan benda tu, then bila dah dapat ngan semua orang la dia nak tunjuk".
Nasihat mama ni aku ingat la sampai mati :) Tenkiu mama, Love u so much.

Macam terlalu cepat kan da masuk bulan Jun?
Ok, lets begin the new journey :)