tersayang !

Sunday, April 24, 2011

ERTI MIMPI

Pernah tak seumur hidup korang, termimpi pasal pasangan korang ?
Mesti ada bukan ?

Ini bukan pasal mimpi aku, tapi mimpi En. Boyfie, banyak kali dah dia cerita kat aku pasal mimpi dia. Antara yang aku ingat ;

** Mimpi abg camni, satu hari tu abg nampak Lya eksiden, langgar orang. Then satu kampung datang serang lya & bunuh lya. Abg just dapat tengok tapi tak tolong pun. Lepas dari eksiden tu, hari-hari abg nangis sebab ingat lya da mati. Rupanya lya tak mati and ada orang yang selamatkan. END.

** Mimpi ni pelik, Abg nampak Lya ada orang lain, Lya nampak abg, tapi buat dunno jer. Lepas dari tu, Abg jadi gila sebab terlalu sedih. END

Tu je la antara yang aku ingat, banyak lagi mimpi dia pasal aku, ada yang sampai menangis dalam tidur.
Pernah denga kan ? Ape erti semua ni ye ? Sape ada jawapan ?
Kalau korang tau,  jawabkan yea. Thanks. kbye ! :)

Wednesday, April 13, 2011

BILA RINDU KAMU

Susah kan bila dah rindu ?

Susah nak ungkapkan. :(

Untuk aku, bila aku da teramat rindu, aku akan pasang lagu ni,  and repeat je walau 10 juta kali pun. Aku tak penah bosan ! Bejiwang jap bukan salah pun kan :) Time sebelom tido, bangun pagi, time jalan kaki g tempat kerja, senag citer everytime aku denga.. wahhh ! Kalau la ader kaset mesti da rosak dah. hehe :D

Boleh tak kalau lagu ni aku request untuk klip video time aku kawen nanti **Berangan untuk 3 4 tahun akan datang jap** . Mesti sweet kan? :D

Teuku Wisnu Feat Shireen Sungkar - Cinta Kita

Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya

Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina

Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
comey sgt ! Nanti mahu begini ye syg :(

Pernah dengar tak ? Tak ek? Sila la bukak TAB baru dan search kat youtube lagu ni. Konfem best ! Jangan curik lagu feberet aku ni hokeh. Sila cari lain kalau nak buat klip video korang time kawen nanti. Hhahaha (gelak super setan) :p

Sunday, April 10, 2011

KISAH SI IMPREZA DAN SUBARU

April is coming !

Cepatnya masa berlalu. kan ? kan?

Sekarang ni masuk bulan ke empat aku kerja kat Subaru. Secara keseluruhannya aku seronok kerja kat sini. Suasana tempat kerja yang seronok wat aku tak terasa dah 3 bulan aku kerja kat sini :) Even muka aku pun stat berminyak and naik jerawat yang tumbuh bak cendawan kat muka ni, tapi aku tak pernah pulak kisah. haha. Faktor cuaca luaran dan asap-asap ekzos customer yang kalau boleh nak yang paling besar dan kuat membuat aku rasa sangat 'annoying'. Redah je la kan, dah duduk kat tempat service. Henyak je la :D **Aku bukan mekanik yer, harap maklum.

Tapi banyak yang aku belajar. For sure, semua tentang kereta :) Ada untung aku kerja dengan company kereta ni. Pengetahuan bertambah-tambah luasnya. Terima kasih Staff Subaru :D


Kisah si Replika Subaru Impreza Version 9. bagi aku ini amat istimewa, ini adalah LIMITED EDITION. mungkin ada replika lain untuk Impreza kat luar sana, tapi tak mungkin ada yang sama dengan ini :).
There is a special word wrote there, only me can see it :D

Replika ni dari MIRC. So, aku rasa memang agak susah nak jumpa kat luar kan? **Bangga, bangga. hahaha.
Ini hasil pemberian seorang staff Subaru jugak. Mungkin hadiah sebagai confirmation aku berkerja kat company ni. Mungkin. Kan? **winkwink** ^_______^ . Senyum sampai telinga.

Okeh, any update akan bersambung kemudian. kbye! :)

Friday, April 1, 2011

PERLU DAN TAK PERLU

Salam blogger,

Rindu mengarang dah menular dah ni.

Kadang-kadang ada benda yang perlu kita cerita dan luahkan dan kadangkala TAK PERLU. Simpan untuk privacy diri kan lebih elok.Sebagai perempuan, memang akan TERwujud nye perasaan nak share semua benda dengan orang lain, yang hakikatnya kelak akan malukan diri sendiri. So, think TWICE yer babe :)

Wat masa ni nak merepek benda alah ni je. Yang tersirat & tersurat. Yang paham tu paham la. Hheee :)

Sunday, March 27, 2011

DOT DOT

Since takde masa nak bukak blog and hupdate, 
makanya memang jarang la sudah nak mncorakkan lagi blog ni.
mintak maaf ye.
Akan cuba sedaya upaya untuk tulis blog :)

Monday, March 7, 2011

BUSY BUSY BUSY

Welcoming MARCH and more sweet experience will be explore. :)
Haih laaa~ Lama tak update blog.
Sumpah sekarang ni super busy, PLUS manager baru dah ada. Susah gila nak mengular ! Omaigad ! haisshhh !
Dah, lenkali je story mory ok. hehe
bye bye. 

Syg, ku cinta kamu sangat ! :D SuperBahagia dah sekarang ni. Tenkiuu syg :)

Sunday, February 27, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Kalau nak diikutkan, last skali aku join Sambutan Maulidur rasul ni time aku form 5. Korang ? Mesti macam aku kan. Time-time skola je sambut maulidur rasul ni. Papa ajak aku ikut majlis Sambutan Maulidur Rasul dekat Kuang, Sg. Buloh kat Rumah Anak-anak Yatim damai Anjuran Yayasan RNZ (company papa). Aku pun cam tak buat ape kat rumah, So, Join je la sekali. Pukul tujuh Pagi da bangun n bersiap. Huishh. Bangun awal pagi di hujung minggu? Mata macam kene gam ! huk :p

Meja untuk RNZ GROUP dah disediakan awal-awal. Agak terasa jadi VIP la kejap kan. Haha.


Pukul 8 dah sampai Kuang, ikut dari aturcara, Pukul 8 start. Tapi, pukul 9 baru start berarak. Ni la melayu. Tak penah tepati masa. Bosan betul. Hish !
  

   Ini anak yatim PUTERA. PUTERI kat belah belakang, Tak sempat nak tangkap. Separuh dari diorang. Kecik-kecik je lagi budak2 ni. Ada tu yang masih tak boleh berjalan. Ape la perasaan anak-anak yatim ni yer. Bila datang majlis ni, aku mula la rasa bertapa bersyukur nye aku yang masih lagi ada kedua  ibu bapa. Apa aku nak, kebanyakannya dapat. Hm. Kesian diorang. Kalau aku ada kat tempat diaorang macam mana ye ? mesti sedih tengok orang lain ada ibu bapa. Tabah betul hati mereka ni.


Ini muka excited berarak yang tak sampai 100 meter tu. Enpon kat tangan tu duk pegang sebab nk carik kaberage. Haha. Tweet ! Tweet :) Sebelah aku ni tak silap budak taska. Bukan anak yatim hokeh ! Sambutan ni bukan antara anak yatim jer.


Mama and Papa lagi ! :) Whichever aktiviti yang aku wat sekarang, semua diorang akan ada. Aku memang anak mama n papa. Best tau kua ngan diorang. Sesen pun tak penah kua :p


 Sila fokus pada yang bertudung putih. That's Arfa la ! Mula-mula dia mintak aku dukung dia. Dah nampak budak-budak ni baru dia mintak turunkan, dan berarak sekali. Dia memang terlalu seronok dengan pengalaman baru dia ni.


Muka letih aina yang lapar dan kepanasan. Khemah yang kami duduk ni kipas dia rosak ! Kepanasan ya amat wehh. Time ni memang da rancang nak balik. Tapi keta papa kene block ngan myvi ! demmmmm ;(


 Tetiba arfa nampak comey plak lam pic ni. Setuju tak ? :p Arfa duk merungut je. Susah jaga budak kecik ni. Tak padan kecik. memang sangat kepala batu. Haha.
 Arfa yang amek pic ni. Terer kan ? Tak perlu DSLR la. Kamera phone pun cukup. Da cantik da gamba. Hihi. macam-macam persembahan ad, sajak, nasyid, syair, berzanji dan sbgnya. boleh tetidooo.. zzzzZzZZZz..


 Aktiviti peberet aku kini dan selamanya, MAKAN ! aku amek telur dadar, ulam raja, nangka masak lemak, udang masak petai, ngan ayam goreng. nyummy ! It's simple. Tapi makanan yang macam ni yang aku suke. Even though aku duk bandar, parents aku tak pernah lupa didik aku ngan makanan kampung. nyumm ! Ehh, tau tak !  sekarang aku terasa lapar... hihi >.<


 Ini wajah excited nak balik ! Haha. Kepanasan yang melampau. Tak boleh tahan wehh. Walaupun kene block ngan Myvi, papa gagahkan jugak bagi kereta dapat kua dari parking site tu. papa aku memang hebat :)

Arfa bertudung. Comel kan ?

Korang scroll balik gambar paling atas. Kebosanan nye pasal, lunyai kertas ni aku kerjakan :p

Saturday, February 26, 2011

SEK KEB (1) TMN KERAMAT :)

 Sabtu ? weekend datang lagi :) ! Untuk hari sabtu ni, mama mintak tolong untuk pergi sekolah Aina untuk tolong bayarkan yuran. RM24.50 je. Murah nyeee. Teringat balik aku yuran time kat universiti. pehhh! Sume men ribu-ribu jer. Disebabkan takde transport, kami berjalan kaki dengan gagahnya. Hehe. Ok what. Time kecik-kecik dulu pun hari-hari berjalan kaki pergi sekolah. Bukannya jauh ^.^


Aina yang pretend konon tak penat. Haha. Berpeloh-peloh weyy. Padahal jarak tak sampai sebatu pun. kihkihkih.


Masuk je dalam gate ni, aku jadi cam jakon jap. Eh ! dah lain bekas sekolah aku ni ( SK (2) Tmn Keramat) . Siyez la ! Tau tak, dulunya ni, kelas dye takde tingkat pn. Eh? haaa. Kira mcm 1 tingkat jer la. Ni skang. Da 3 Tingkat weyy. Taman bunga hutan belantara kat tengah2 padang pun da hilang. Itu lah tempat aku ngan mmbr2 aku dulu berehat. Dah tak wujud lagi da skng. sob sob..

 

Ini pula ? Ya ! Ni la kelas aku masa darjah 6 ! 6 EHSAN hokeh. Kelas kedua paling pandai time kat sekolah tu. hihi :D Lokasi kelas ni amat strategik ! Boleh nampak cekgu datang sebelom masok klas. So, boleh siap2 prepare and jadi baik jap. Lagi2 kalau guru Besar lalu. Kihkih. Mak aku mengajar kat sekolah ni dulu, jadinya, aku bernasib baik sebab MAK sendiri yang aja aku. Subject SAINS lagi. Banyak kali gak aku kene denda ngan mak aku. Demmm! Sampai kerumah majook aku ngn mak aku wehh. hihi. ^.^ Korang nampak tak tiang kat belakang kelas aku tu ? Tu la tempat duduk aku time tu. Heee. Best duk belakang ni ! kerja tak siap pun leh disiapkan lagi. :p


Motipp amek gambo toilet ni ? Haishhh, ni hah. Masa aku darjah tiga. Gempak jap satu sekolah bila orang cakap dalam toilet ni ader NENEK KEBAYAN. Woiihh,, budak kecik mana yang tak takut bila dengar cerita camni. Pecaya tak, sampai skang aku takut nak pegi toilet ni. -.-' Amek gamba ni pon curi-curi. Then lari. Haha.

Dah tu je, yg penting, aku rindu sekolah aku. Kenangan tetap ada, Tapi keadaan dah banyak berubah :D

Teruskan aktiviti mingguan

Aktiviti wajib untuk hari sabtu adalah bermain bowling ! yeaah. I'm lovin it :) Papa da dapat bowl baru. Khas tempah dari US. syoknyaa ! Kalau la aku leh camtu gak. Haha. Ok dah, jangan tamak. Cukup-cukup ngan 2 biji bowl yang kau ada tu alya. :p Bowl papa belikan tu berat dey 14lbs. Utk sape yg tau n slalu main bowling tu boleh tau kot betapa berat nya benda alah ni untuk tgn aku yg size XXS ni. hikhik :D . Akhirnya ! I can beat my brother. hoyeeee~ Suke ! Suke ! :p

Nampak tak perbezaan markah aku ngan abg aku ? Hehe. Happy sekejap. Aku tak pernah menang ngan dia sebelom ni kott !

Done with bowling ! Habis men bowling, kaki da sakit, tangan da sakit, perut pon mula bergendang rentak hiphop mintak aku isi. Lapa je keje perot ni la ! Haih. Papa mahu belanja makan lagi ! yeaaa ( Kalau tak papa sape yang nak lanje makan kan ? ) :p Punya penat perah otak nak cari makanan kat mana, kami decide la pergi BANGI KOPITIAM yang ada kat setiawangsa tuh. Bukan kat Bangi hokeh !

They are the best mummy n daddy in this world. Glad to have them in my life <3
 Ini makanan aku yang super lapar ni. Amra juice and Dolly Noodle Mee atau dengan kata mudahnya, MEGGI AYAM. haha. Tak sedap  ! Tawar ! wekkkkk !! Aku order gak Roti bakar. Lupa amek gamba. Kebulo sangat cmni la jadiknyer :p

 Meet my best daddy on earth. mintak je nak ape. Samade cepat or lambat jer, tapi mesti dapat punya. Tenkiu daddy. This time plak papa nga update check-in foursquare. hihi. Aku MALAS da nk bkk acc foursquare :p

 Ni menu untuk papa. Mee Udang. Tapi tak bape banyak pn udangnya. Papa gak kata, TAK SEDAP ! ;)


Aina makan Kuey Tiaw Sup. Aku tak mintak comment pun dari budak kecik ni. Sebab segala hape yang dia makan, tak pernah tak habis. Haha. Nak bezakan sedap ke tak pun dia tatau, untung ader budak kecik ni. Jadi tong sampah Family samsudin :))

Arfa makan dessert sahaja. Budak ni susah sgt nak suh makan. Tu yang badan kerempeng je tuh ! makan pun kene paksa sampai nangis-nangis. Teruk betul ! Ish3. Adik makan KISS KISS JELLY BALL strawberry. As usual. Tak pernah habis ! haha.

Alamak ! Mama, sorry, terlupa amek menu mama. Mama la makan cepat-cepat sape suh. Kan yaya dah termiss bahagian mama :p Family kami decide utk Bangi Kopitiam ni, TAK SEDAP. sekian :)

Friday, February 25, 2011

SAILORMOON

Korang semua ingat tak lagi citer sailormoon ni ? Best kan ? kan ? Hahaha.
Banyaknye kenangan time kecik-kecik. ouh~ Rindu.

Disebabkan kerja yang tak berapa nak banyak kat opis ni, makanya memang untuk bukak youtube. Then search sailormoon ! yeah. Ilang boring plus gelak sorang-sorang. ^o^

Lantak la pon orang nak cakap aku macam bebudak -.-'
Tapi kan ! Tetiba kan, staff staff subaru ni pun sama ikut jejak langkah aku . huahaha
Sorang duk tengok 'tomatoman' sorang lagi gi bantai tengok 'doraemon'
cakap orang je lebih. korang pun sama ! haha.
Bila bos masuk, semua kelam kabut off video. Padan muka korang :p


"Dengan Kuasa Bulan, akan menghukummu"