tersayang !

Sunday, February 27, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Kalau nak diikutkan, last skali aku join Sambutan Maulidur rasul ni time aku form 5. Korang ? Mesti macam aku kan. Time-time skola je sambut maulidur rasul ni. Papa ajak aku ikut majlis Sambutan Maulidur Rasul dekat Kuang, Sg. Buloh kat Rumah Anak-anak Yatim damai Anjuran Yayasan RNZ (company papa). Aku pun cam tak buat ape kat rumah, So, Join je la sekali. Pukul tujuh Pagi da bangun n bersiap. Huishh. Bangun awal pagi di hujung minggu? Mata macam kene gam ! huk :p

Meja untuk RNZ GROUP dah disediakan awal-awal. Agak terasa jadi VIP la kejap kan. Haha.


Pukul 8 dah sampai Kuang, ikut dari aturcara, Pukul 8 start. Tapi, pukul 9 baru start berarak. Ni la melayu. Tak penah tepati masa. Bosan betul. Hish !
  

   Ini anak yatim PUTERA. PUTERI kat belah belakang, Tak sempat nak tangkap. Separuh dari diorang. Kecik-kecik je lagi budak2 ni. Ada tu yang masih tak boleh berjalan. Ape la perasaan anak-anak yatim ni yer. Bila datang majlis ni, aku mula la rasa bertapa bersyukur nye aku yang masih lagi ada kedua  ibu bapa. Apa aku nak, kebanyakannya dapat. Hm. Kesian diorang. Kalau aku ada kat tempat diaorang macam mana ye ? mesti sedih tengok orang lain ada ibu bapa. Tabah betul hati mereka ni.


Ini muka excited berarak yang tak sampai 100 meter tu. Enpon kat tangan tu duk pegang sebab nk carik kaberage. Haha. Tweet ! Tweet :) Sebelah aku ni tak silap budak taska. Bukan anak yatim hokeh ! Sambutan ni bukan antara anak yatim jer.


Mama and Papa lagi ! :) Whichever aktiviti yang aku wat sekarang, semua diorang akan ada. Aku memang anak mama n papa. Best tau kua ngan diorang. Sesen pun tak penah kua :p


 Sila fokus pada yang bertudung putih. That's Arfa la ! Mula-mula dia mintak aku dukung dia. Dah nampak budak-budak ni baru dia mintak turunkan, dan berarak sekali. Dia memang terlalu seronok dengan pengalaman baru dia ni.


Muka letih aina yang lapar dan kepanasan. Khemah yang kami duduk ni kipas dia rosak ! Kepanasan ya amat wehh. Time ni memang da rancang nak balik. Tapi keta papa kene block ngan myvi ! demmmmm ;(


 Tetiba arfa nampak comey plak lam pic ni. Setuju tak ? :p Arfa duk merungut je. Susah jaga budak kecik ni. Tak padan kecik. memang sangat kepala batu. Haha.
 Arfa yang amek pic ni. Terer kan ? Tak perlu DSLR la. Kamera phone pun cukup. Da cantik da gamba. Hihi. macam-macam persembahan ad, sajak, nasyid, syair, berzanji dan sbgnya. boleh tetidooo.. zzzzZzZZZz..


 Aktiviti peberet aku kini dan selamanya, MAKAN ! aku amek telur dadar, ulam raja, nangka masak lemak, udang masak petai, ngan ayam goreng. nyummy ! It's simple. Tapi makanan yang macam ni yang aku suke. Even though aku duk bandar, parents aku tak pernah lupa didik aku ngan makanan kampung. nyumm ! Ehh, tau tak !  sekarang aku terasa lapar... hihi >.<


 Ini wajah excited nak balik ! Haha. Kepanasan yang melampau. Tak boleh tahan wehh. Walaupun kene block ngan Myvi, papa gagahkan jugak bagi kereta dapat kua dari parking site tu. papa aku memang hebat :)

Arfa bertudung. Comel kan ?

Korang scroll balik gambar paling atas. Kebosanan nye pasal, lunyai kertas ni aku kerjakan :p

Saturday, February 26, 2011

SEK KEB (1) TMN KERAMAT :)

 Sabtu ? weekend datang lagi :) ! Untuk hari sabtu ni, mama mintak tolong untuk pergi sekolah Aina untuk tolong bayarkan yuran. RM24.50 je. Murah nyeee. Teringat balik aku yuran time kat universiti. pehhh! Sume men ribu-ribu jer. Disebabkan takde transport, kami berjalan kaki dengan gagahnya. Hehe. Ok what. Time kecik-kecik dulu pun hari-hari berjalan kaki pergi sekolah. Bukannya jauh ^.^


Aina yang pretend konon tak penat. Haha. Berpeloh-peloh weyy. Padahal jarak tak sampai sebatu pun. kihkihkih.


Masuk je dalam gate ni, aku jadi cam jakon jap. Eh ! dah lain bekas sekolah aku ni ( SK (2) Tmn Keramat) . Siyez la ! Tau tak, dulunya ni, kelas dye takde tingkat pn. Eh? haaa. Kira mcm 1 tingkat jer la. Ni skang. Da 3 Tingkat weyy. Taman bunga hutan belantara kat tengah2 padang pun da hilang. Itu lah tempat aku ngan mmbr2 aku dulu berehat. Dah tak wujud lagi da skng. sob sob..

 

Ini pula ? Ya ! Ni la kelas aku masa darjah 6 ! 6 EHSAN hokeh. Kelas kedua paling pandai time kat sekolah tu. hihi :D Lokasi kelas ni amat strategik ! Boleh nampak cekgu datang sebelom masok klas. So, boleh siap2 prepare and jadi baik jap. Lagi2 kalau guru Besar lalu. Kihkih. Mak aku mengajar kat sekolah ni dulu, jadinya, aku bernasib baik sebab MAK sendiri yang aja aku. Subject SAINS lagi. Banyak kali gak aku kene denda ngan mak aku. Demmm! Sampai kerumah majook aku ngn mak aku wehh. hihi. ^.^ Korang nampak tak tiang kat belakang kelas aku tu ? Tu la tempat duduk aku time tu. Heee. Best duk belakang ni ! kerja tak siap pun leh disiapkan lagi. :p


Motipp amek gambo toilet ni ? Haishhh, ni hah. Masa aku darjah tiga. Gempak jap satu sekolah bila orang cakap dalam toilet ni ader NENEK KEBAYAN. Woiihh,, budak kecik mana yang tak takut bila dengar cerita camni. Pecaya tak, sampai skang aku takut nak pegi toilet ni. -.-' Amek gamba ni pon curi-curi. Then lari. Haha.

Dah tu je, yg penting, aku rindu sekolah aku. Kenangan tetap ada, Tapi keadaan dah banyak berubah :D

Teruskan aktiviti mingguan

Aktiviti wajib untuk hari sabtu adalah bermain bowling ! yeaah. I'm lovin it :) Papa da dapat bowl baru. Khas tempah dari US. syoknyaa ! Kalau la aku leh camtu gak. Haha. Ok dah, jangan tamak. Cukup-cukup ngan 2 biji bowl yang kau ada tu alya. :p Bowl papa belikan tu berat dey 14lbs. Utk sape yg tau n slalu main bowling tu boleh tau kot betapa berat nya benda alah ni untuk tgn aku yg size XXS ni. hikhik :D . Akhirnya ! I can beat my brother. hoyeeee~ Suke ! Suke ! :p

Nampak tak perbezaan markah aku ngan abg aku ? Hehe. Happy sekejap. Aku tak pernah menang ngan dia sebelom ni kott !

Done with bowling ! Habis men bowling, kaki da sakit, tangan da sakit, perut pon mula bergendang rentak hiphop mintak aku isi. Lapa je keje perot ni la ! Haih. Papa mahu belanja makan lagi ! yeaaa ( Kalau tak papa sape yang nak lanje makan kan ? ) :p Punya penat perah otak nak cari makanan kat mana, kami decide la pergi BANGI KOPITIAM yang ada kat setiawangsa tuh. Bukan kat Bangi hokeh !

They are the best mummy n daddy in this world. Glad to have them in my life <3
 Ini makanan aku yang super lapar ni. Amra juice and Dolly Noodle Mee atau dengan kata mudahnya, MEGGI AYAM. haha. Tak sedap  ! Tawar ! wekkkkk !! Aku order gak Roti bakar. Lupa amek gamba. Kebulo sangat cmni la jadiknyer :p

 Meet my best daddy on earth. mintak je nak ape. Samade cepat or lambat jer, tapi mesti dapat punya. Tenkiu daddy. This time plak papa nga update check-in foursquare. hihi. Aku MALAS da nk bkk acc foursquare :p

 Ni menu untuk papa. Mee Udang. Tapi tak bape banyak pn udangnya. Papa gak kata, TAK SEDAP ! ;)


Aina makan Kuey Tiaw Sup. Aku tak mintak comment pun dari budak kecik ni. Sebab segala hape yang dia makan, tak pernah tak habis. Haha. Nak bezakan sedap ke tak pun dia tatau, untung ader budak kecik ni. Jadi tong sampah Family samsudin :))

Arfa makan dessert sahaja. Budak ni susah sgt nak suh makan. Tu yang badan kerempeng je tuh ! makan pun kene paksa sampai nangis-nangis. Teruk betul ! Ish3. Adik makan KISS KISS JELLY BALL strawberry. As usual. Tak pernah habis ! haha.

Alamak ! Mama, sorry, terlupa amek menu mama. Mama la makan cepat-cepat sape suh. Kan yaya dah termiss bahagian mama :p Family kami decide utk Bangi Kopitiam ni, TAK SEDAP. sekian :)

Friday, February 25, 2011

SAILORMOON

Korang semua ingat tak lagi citer sailormoon ni ? Best kan ? kan ? Hahaha.
Banyaknye kenangan time kecik-kecik. ouh~ Rindu.

Disebabkan kerja yang tak berapa nak banyak kat opis ni, makanya memang untuk bukak youtube. Then search sailormoon ! yeah. Ilang boring plus gelak sorang-sorang. ^o^

Lantak la pon orang nak cakap aku macam bebudak -.-'
Tapi kan ! Tetiba kan, staff staff subaru ni pun sama ikut jejak langkah aku . huahaha
Sorang duk tengok 'tomatoman' sorang lagi gi bantai tengok 'doraemon'
cakap orang je lebih. korang pun sama ! haha.
Bila bos masuk, semua kelam kabut off video. Padan muka korang :p


"Dengan Kuasa Bulan, akan menghukummu"

Thursday, February 24, 2011

APAM DOTDOTTY


Comel kan ?
Yer laaa. Sangat comel.
Dan Apam ni sangan sedap OK !

Lepas ni, nak cuba buat. 
Dan cuba nak bukak bisnes jual benda ni. 
Harap-harap menjadi la. 
Amin~ :D

Wednesday, February 23, 2011

LOW BLOOD PRESSURE


Tau tak ape punca sakit ni ? Antaranya sebab berdiet. Doc pun pelik kot camne aku leh dapat penyakit ni. Ahaha :D , Sebagai seorang perempuan yang mempunyai tubuh badan yang normal, Tak perlu dah nak berdiet. memang kerja aku ni makan jer ha. Pantang nampak makanan. Tapi kenapa boleh dapat sakit ni ? Hurmm. Ok, Terlebih PRESSURE. ok ?Hoho. 

Tapi sekarang, penyakit ni pulak yg aku dapat. Hadoiii, 

Selamat menjadi sahabat baik dengan ubat ye selepas ni Alya :D

Tuesday, February 22, 2011

PETANDA BAHAWA DIA JODOH KITA *love

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

*** Memang en. boyfie tak pernah nak kaber2 perangai dia depan aku. Nak kentot pon main lepas jer. Haha. Dia sangat berkira dengan cara dia berpakaian, doesnt mean dia berpura-pura kan ? :)

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

*** Woisshh, dah lah kami ni duk jauh. Jadinya, bila berjumpa, Takkan ader terkeluar perkataan 'bosan' pun. Kalau dah lama tak jumpa, memang bergaduh jer la jawabnya. haha. I'm happy with him ;)

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

*** Uhh, kisah silam ? Aku bukan seorang yang suka mengungkit benda dah lepas. Tak macam bodoh ke sebut benda yang dah lepas ni ?

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

*** Long distance relationship memang sangat memerlukan kejujuran lah. Alhamdulillah, 5 tahun kekal bersama dengannya :)

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

*** Lot of secret of him aku tau. Macam tu jugak aku. Aku memang letak kepercayaan yang tinggi kat dia ni :)

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

*** Jujur la, aku bukan manusia yang mudah dibawak berbincang. Tapi, en.boyfie ni banyak sabar ngan kerenah aku. How sweet of him kan ? :) Tapinya, mana jer lepas ni dia nak pergi, aku nak itottt ! hehe :D

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

*** Camner nak bercinta kalau tak memahami ? Haiyooo, kene bercinta paksa hape ? Duhh ~

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

*** Kelemahan dia ? Hahahaha. :p Kelemahan aku ? hahahahha. Kami jer la yang tau.. ishh~ Sebok je !!

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

*** Sebab percaya kata hati aku ni la kami kekal bersama. Wee ~ :)

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

*** Sesungguhnya semua ku serahkan kepada Allah samada untuk izinkan aku bersama dia atau tidak. Aku sentiasa redha dengan apa yang tuhan anugerahkan. Jadi alya, Lets move on first stage :)

Wednesday, February 16, 2011

KAU yang PARANOID !

Eh kau? Kenapa mesti kau letakkan salah dekat orang lain sedangkan salah tu sebenarnya kat batang hidung kau sendiri?

Kau tak pernah nampak ea ? Ke takde sesiapa pun yang nampakkan untuk kau ? Yela, kena tegur sikit tarik muka. kan ? Kau tu sentiasa pakai tudung. Kau ingat aku tatau cerita disebalik tu, KONONnya kau tu baik ? ;)

Bagus ke kau? Cukup ke amal kau nk pertikaikn amalan org len?
Aku tak nampak pun pape yang baik kat kau tu. Untuk pengetahuan kau, aku dah cukup menyampah kat kau, sebelum aku rapat ngan diorang lagi. Yela, I DO EASILY HATE PEOPLE. Kau pernah dengar ayat ni kan ? HAHA. Kau tu, dalam ayam maya ni je lebih-lebih. Depan-depan minah blur je aku tengok. Cakap semua nak gempak. Konon nak hebat. walawehh !

Ouh yeee, baik ke kau? Before kawen dulu kau ingat aku tatau yang kau memang suka sesama ******* . ?? HUHU
Ouhh,, baiknya kau !! Baik sangat :)


Kalau kau baik, mesti suami kau takkan buruk-burukkan kau dekat kawan-kawan yang lain kan ;)
Nak tanya kau ni, kau tu kawan yang baik ke ? Takkan ? Penipu jugak kan ?? Haha. Nk ckp org backstabber. Kau tu ? Time hubungan diorang nga porak peranda. Kau jugak yg buat bertambah teruk keadaan kan. Tak nampak ? Kau baik ? Kalau kau baik aku rasa kau takkan mengungkit pape kalau kawna kau dalam kesusahan. Kau punya perangai, wat KAWAN jadi LAWAN kau tu, benci kat kau. Semua bnda nak kena dengar ckp kau. Apa-apa sume kau yg tentukan. Kau ingat kau sorang ada hati & perasaan ? So stupid ok !!  Perangai kau, sama Macam budak-budak. Hahha
Dan ingat ni, jangan ingat ayat2 manis kau tu, akan tentukan yang kau tu baik dan ramai akan percaya mulut manis kau tu. Ramai je boleh nampak perangai sebenar kau walau takde sape yg melagakan. Kau rasa, kawan-kawan sampai mati tu cukup baik gak ke ? Kalau baik, takde la aku tau semua cerita pasal kau. HIHI. ;))


Aku tau, kau memang kaya. Sentiasa menunjuk ape yg kau beli. Org len chill je, tapi kau suka menunjuk2. ( Goreng telur dadar pun nak menunjuk lam FB) . hahahaha. Back to story, yelah Konon2 kau je mampu. Hahaha. Ehh, honeymoon pun pakai loan. Wedding kau ? Kau fikir la sendiri ;) daripada menunjuk2 kau beli barang branded, padahal tu sume loan bukan ?? Jgn la cakap org mengemis, yang hakikatnya kau pun sama. Cuma kau tu mengemis dengan cara berhemah dan orang lain tak diketahui. Bijak kau kan ? ;)


Aik ? Aku mintak suami kau untuk tegur kau pun tak boleh ? Habis, apa fungsi suami kau untuk kau ? Untuk jadi babu kau ? Untuk jadi pak turut kau ?  Suami untuk dihormati. Bukan untuk kau melawan halau rumah semua tu. Aku yang tak berkahwin lagi boleh faham semua ni. Engkau tu?, ouh lupa. Kau memang tak matang lagi. Memang tak boleh kene tegur. Bodoh sombong. Macam tu la gamaknya ;)


Kau nak mengata aku lepas ni ? Itu terpulang lah. Aku bukan jenis heran ngan cakap2 orang ni. Tak seperti kau, tak cakap pasal kau pun, masih terasa org mengumpat pasal kau. yg kau nk terasa lebih2 tu, maknanya betul la ek tu perangai kau ? Haha. kau pun buruk2 kan aku ngan kawan2 aku kat konon kawan sampai mati kau tu kan ? Tu tak mengumpat la pulak ke ? Bodoh nye. Buta agama sangat la kau ni. ;p hihi. 



Akhir kata, muhasabah diri sendiri banyak2 ye lepas ni. Tanya diri, kenapa Allah tak bagi peluang untuk bagi kat kau 'rezeki' dalam keluarga. Kau berkira semua benda dengan orang, Allah maha adil tu pun BERKIRA juga nak bagi sesuatu untuk kau.Ouh ya, kawan jadi lawan kau tu pun, tak heran langsung kalau kau takde dlm kehidupan diorang, malah skng ni, luarbiasa happy nye. Dan mereke menjawab 'sama-sama' untuk semua ucapan terima kasih yang diluah kan. 

Aku malas nk mengarang & merosakkan blog aku untuk kau sebenarnya, buat 'suwey' blog aku je untuk bercerita pasal kau ! Tapi, kau kene fikir, kau jangan ingat kau sorang je boleh tulis pasal aku kat blog kau tu.  =))

Wednesday, February 9, 2011

Bercinta di Twitter

 
 
Sesungguhnya, Bercinta dekat Twitter lagi seronok dari kat Facebook. Hehe :D

Tuesday, February 8, 2011

Love ♥

5 FEB ; Tengahari tu en. boyfie ajak ke JJ. Nak tengok wayang katanya. Kami memang da lama tak tengok wayang bersama. Sedih kan ? :( Movie yang kami nak tengok da full. So, aku yang keras kepala ni decide taknak tengok wayang. Haha :p

En. Boyfie ajak makan kat Black Canyon. Aku makan Udon Tom Yam soup dan dia tah ape nama Nasi goreng tu. Nasib baik sedap & totally FULL. nyumm nyummm

My meal :)

His meal :)
 Disebabkan aku yang agak kebosanan kat JJ tu, aku ajak dia ke Parade pulak. Untuk membuang masa & cari perfume baru untuk en. boyfie :) Pukul 6.30, kami balik rumah. Lepas dia sediakan ubat yang sepatutnya untuk emak, kami decide nak gi HotSpring Tambun.

 
Oleh sebab kami pergi berdua je, makanya takde sape amek gambar kami. HAHA. Tenkiu yer en. boyfie belanja masuk Hotspring ni. Love you much !! Hotspring ni sebenarnya tak boleh lama mandi ( Apa yg aku baca kat board dalam hotspring ni lah ) . Dalam 20 minit mandi, aku da ajak en. boyfie balik. Tak larat, Panas..n bla bla bla.. Lembik 1 badan terus. Balik rumah balik, dan bersiap keluar main boling. Hoihh, penat!! Tapi gagah kan jugak diri ni untuk main boling. haha

 Tenkiu Cik Feddy to capture our picture. Loves loves :)
Aku sangat keletihan, dan tak form langsung main. Aku kalah ngan team boyfie aku sendiri :( 1 jatuhan Pin je pn. Tolong jgn belagak yer syg. Debik kang :p

So much fun I've been thru there. Thanks again honey. :)

Monday, February 7, 2011

Anniversary Holiday ; 4 FEB :)

Firstly, gamba memang tak banyak yang diamek oleh manusia macam aku yang memang pemalas nak amek gambar walaupun camera ader je dalam Handbeg. haha.
Luckily, tahun ni anni aku time cuti raya cina :) Lil bit happy, tapi.. tak syok coz too crowded kalau pergi
memana pun. RIMAS !!!

Let's enjoy the pic yang ada ok. :)

Petang 4 feb, kami gerak ke penang. En. boyfie kepingin nak makan pasembur. Then terus gerak ke Padang Kota lama. Nak cari parking punya la susah. hadoyy. Then beratur, and pilih aper nak.



Konon-konon amek sikit je la. "KONON", ok ? perlu faham di situ. Kami kena charge RM29.00. Mahal ? Tak pun :) Tak baik merungut pada rezeki ~

  

Dia pilih air kelapa , aku pilih Nescafe 'o' ais. Pasal da mengantuk, malam sebelum tu tido kul bape pagi tah. Hehe :D , Mula-mula laju jer en. boyfie makan. Pastu baru 1/4 dia makan, dia kata dah kenyang. And for sure aku yang kena habiskan. Tak gila kene habiskan banyak camtu !! Nasib bek sedap. Habis gak pasembur tu. Tak elok membazir. :) 

  
Lepas settle semua, dia ajak gerak. Aku pun ngikut je. Tak bertanya pun mana dia nak pergi. hehe :p . Pastu dia kata nak makan Nasi Kandar beratur. Uii Mak aihh. Tak kenyang ke dia ni ? (._.')  Nek heran aku. Disebabkan perut aku dah penuh & macam nak meletup sebab makan pasembur, aku decide untuk tengok dia makan je =) ahhaha.

 

 Then, kami ronda-ronda kat penang tu dan gerak la balik Ipoh. Totally enjoy even for a while. Tak kisah pun. I know his situation yang membuatkan kami tak dapat stay sana :) Esoknya masih banyak aktiviti yang dia buat semata-mata nak hiburkan aku. Tenkiu sayang :)

To be continued..



Saturday, February 5, 2011

4 FEB 2011 ; 5 YEARS ANNIVERSARY


“I don't pretend to know what love is for everyone, but I can tell you what it is for me; love is knowing all about someone, and still wanting to be with them more than any other person, love is trusting them enough to tell them everything about yourself, including the things you might be ashamed of, love is feeling comfortable and safe with someone, but still getting weak knees when they walk into a room and smile at you.”

 

All I want to say for you syg ,

HAPPY 5th ANNIVERSARY

 

 

I LOVE YOU 


Tuesday, February 1, 2011


woottt  ! wott ! haha :)
Tuhan je tau bertapa happy nye aku skang ngan dia.
Dis coming friday, 5 Tahun aku bersama en. boyfie.
Thank you Allah izinkan aku bersama dia 5 tahun ni. :)