tersayang !

Wednesday, November 30, 2011

TWENTY TWO YEARS OLD

Sekarang umo pon telah meningkat menjadi doploh dua. Makanya kena ada otak yang lagi rasional, jadi lebih matang, takmoh layan bebudak ajak gado tarik-tarik rambot lagi. kakaka.

Kalau sebut pasal besday, benda yang paling banyak dapat adalah ucapan. ^_________^. Time besday tu lah penuhh wall aku ngan ucapan dari kengkawan. :')

Facebook : 386 friends wish
Twitter : 18 friends wish
BBM : 87 friends wish
YM : 1 friends wish
Message : 12 friends wish

** and sampai skang pun ada yg wish belated besday lagi. n_n . Tenkiu semua kengkawan. Alhamdulillah masih dipanjang kan umur. Moga korang semua murah rezeki dan dipanjangkan umur sama yea. Amin :)



Kalau sebut pasal besday gak, the main thing orang akan tny is 'dapat hadiah apa?' . Tahun ni tak berapa nak best sambut besday sebab masa terhad and timing tak cantik. Tskkk.

Okeh okeh, back to topic, nek je umo doplohdua ni, En. Boyfie adiahkan JAM ! yess, benda yang bertahun aku da tak pakai kat tangan ni. Sangat jengkel dan pelik. Even aku pakai kat tangan sekarang, tapi still tengok jam kat henpon. Alasan dia bagi sebab nak suruh aku belajar pakai jam T_T . Mekasih En. Boyfie, saya pakai jam mulai harini ye. Hihi.

Selamat Hari Jadi Alya !

Tuesday, November 29, 2011

AMY & ATOX WEDDING (PART 2)

 Ini pulak untuk hari berikutnya, ahad ! Kali ni ramai-ramai punya plan. Atox adalah Ass. Mod Perak, so pakat ramai-ramai turun teluk Intan, 28 bijik total keta yang join Konvoi. Gambar-gambar ni pun amek dari fon cabuk aku. Yang official-nya tuan punya kamera tak upload lagi. Hihi. Nanti da upload aku post kat sini yea ? :) Seriuslya, tah bape lama tah tak join konvoi reramai cengini, and this is super auwsemm and fun !

Korang ada neo ? Atau boyfren ? girlfren ? atau sedara mara korang ke ? kalau berminat nak join register je kat sini --> NeoCrewsMalaysia . Kalau kat area Ipoh lagi senang, boleh roger-roger je. Hihi :D Tak salah tambahkan kenalan kan ? ;)

Peneman setia saya. Ehh, saya peneman setia dia. :
Mari mari mari ! lelong neo, lelong neo ! Kahkahkah.



Ni RV point kitorang untuk tunggu dak-dak dari manjung, tak silap 6 kereta dari sana. Lokasi kat Changkat Jong, Teluk Intan.Untuk kali ni ni, En. Boyfie jadi marshall untuk Hot Car.
Jadi co-pilot untuk Hot Car adalah sangat scary dan menakutkan (macam banyak beza je scary ngan menakutkan). Sape yang da ada experience paham lah maksud aku ni.


Dah melantak tambah banyak-banyak kali sebab kebuluran, maka tiada gambar yang diambil. Ni pun gambar kenangan bersama pengantin. Cari mana aku ? Memang tertutup ! Tasuke tasuke !! T_T , Takpe lah, tunggu je gambar official nye nanti okeh ? ;)

Congrats again amy & atox ! Aku sentiasa doakan kebahagiaan korang berdua :)

AMY & ATOX WEDDING (PART 1)

Hari minggu pada hujung-hujung tahun ni sememangnya datang ke-busy-an yang terlampau untuk attend wedding member-member. Sonok weh tengok orang bersanding ni. Cantik-cantik, gojes-gojes, dan yang sewaktu dengannya. So aku plak attend wedding member neo, hari sabtu gi ke rumah belah perempuan. :D

Selamat pengantin baru Amy & Atox, moga kekal hingga akhir hayat, cepat-cepat bagi anak sedara kat aku keh. Haha.




Pengantin bertema kan Merah Putih. kontra dan sangat cantik ! Suka gila nengok nye. Amy pon tambah-tambah serinye. Setahun tak jumpa, cengini lah jadiknye. Dah balik baru cam sedar, ehhh, kita takder bergamba dengan pasangan pengantin pongg. Sonok sangat menyembang, nak amek gamba sesama pon lupa ! :D

 

 Last pic sebelum ramai-ramai wat larian  marathon masuk ke dalam kereta bila tiba-tiba hujan turun dengan rakusnyaa !. Rumah pengantin ada sawah bendang. Ini Sangat cool ! Yeah, memang aku jakun tengok benda cantik cengini T_T kbai !

Friday, November 25, 2011

TAG TAG TAG

Rutin pagi, bukak email kerja (otomatik juling terus mata nengok kerja membukit), email personal (penuh dengan advertisement je, cuba la ada yg email cakap aku dapat cheque ke hape, mau meloncat-loncat happy. Haha), pehtu on blog, Approve comment, then baca nota-nota cinta yang ditinggalkan followers-followers tersayang. Sweet sangat :) Dapat je satu shout ni tulis 'anda di tag', bukak la tuan empunya blog ni, Adek Bella dan ada blog URL saya di situww. Malas nak buat kerja opis, bek melayan TAG ni Jom Mulakan ! n_n


THE RULES
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions that tagged set for you in their post. And create eleven new question for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell HIM/HER
6. No tag back !
7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGER IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.


11 THINGS ABOUT ME 

Full Name ; Alya Bte Samsudin
Nickname : Alya, Lya, Yaya (untuk keluarga dan yang terpaling rapat sahaja)
Born : 29 November 1989
Love : Muhammad Syazwan Bin Muhammad
Addicted to : Bowling !
Hobbies : Shopping, shopping & Shopping
Fav color : Hijau & purple.
Love to be : Mechanical Engineering Student (thrill wehh !)
Fav Drink : Jasmine pearl milk tea
Fav Food : I'm a food lover, sume aku bantai. But, say no to KARI !
3 Things bout me : Banyak mulut, Kepala Angin, pemalas mekap.

Soalan Adek Bella :

1. Korang minat mat/minah salleh ke Melayu tulen? xD

# Melayu tulen of coz :)

2. Kalau korang diberi pilihan, korang nak jadi ape ?

# Nak bukak butik sendiri, Spa sendiri. Bestnye jadi businesswomen, tapi basic kat mechanical Engineering, acane ? aih..

3. Apa nama nickname korang yek?

# Lya / yaya

4. Sape boyfie/gf awak? "HEHE

# Muhammad Syazwan Bin Muhammad

5. Best tak dapat follower ramai?

# Best ! Banyak kisah hidup orang kita leh tau. Ramai gak yang kreatif. Blog cecantik *jeles*

6. Pernah kena marah dengan sesape tak depan orang ? *Ngee~

# Pernah, time sekola dulu. Hahaha

7. Apa yang korang paling sayang?

# Family always harta yang paling disayang sampai mati.

8. Atlet kesayangan awak apa ?

# Zandra Aziela , bowling athlete.

9. Ada takk awak maki orang? "HAHA

# Ada.. ramai ! Terutama spesis yang kita tak kacau orang, tapi sebok nak mengacau.

10. Benda pertama yang korang buat lepas bangun tido?

# WAJIB tengok fon dulu, cek BBM, email, FB, twitter , pastu baru kemas katil. Hihi

11. Best tak kena tag ?

# Sonok gak ! Ilang runsing keje opis ni jap. Haha

Alya Questions

1. Selama hidup ni, apa yang pernah target & dah achieve pon ?
2. Cara kontrol marah ?
3. Teringin nak holiday kat mana ?
4. Ur Favourite gadjet ?
5. Kereta impian ?
6. Kalau diberi RM 100 juta, apa benda pertama yang korang akan buat ?
7. Manchester United atau Liverpool ?
8. Facebook atau Twitter ?
9. Impian perkahwinan ?
10. Percaya pada cinta zaman sekolah ?
11. Perfect marriage or perfect wedding ?

Anda yang bertuah pula ;)

1 http://peanutcomel.blogspot.com/
2 http://tinursya.blogspot.com/
3 http://gadiskacamatapunyablog.blogspot.com/
4 http://pinkygurl-echiko.blogspot.com/
5 http://ceriteraceeraralolly.blogspot.com/
6 http://bearinmyheart.blogspot.com/
7 http://kisahipahr.blogspot.com/
8 http://myunprivatestories.blogspot.com/
9 http://bodaktiutpunyastory.blogspot.com/
10 http://tirahmaganda.blogspot.com/
11 http://millivanilo.blogspot.com/

Patut rasa bertuah tau. Korang yang terpilih jer ni. Hihi. Happy Tagging ! kbai

Thursday, November 24, 2011

HAPPY 26TH ANNIVERSARY MAMA & PAPA


Semalam lepas balik dari kerja, sume adik beradik sambut anniversary mama ngan papa. Cuma order domino's pizza jer. Dan aku pulak sebelum sampai rumah belikan dulu kek kat Bakery shop. Jez buat sambutan yang simple, janji kami adik beradik ingat anniversary mama & papa kan. tapi pastu sume macam ular kekenyangan, perot padatt 0.o.

Tarikh 23 November 1985, tarikh keramat mama & papa bernikah. Alhamdulillah, mama & papa masih bahagia hingga kini. Kami adik beradik tumpang bahagia sama :)

Mimi, Afiq, Yaya, Jiji, Ena, & Arfa sayang sangat kat mama & papa :)

Tuesday, November 22, 2011

TURUN NAIK JANTUNG & KEMENANGAN HARIMAU MALAYA :)


Ini antara tajuk penting untuk para blogger harini. betul kan ? Sesiapa yang tengok perlawanan ni semalam konfem jantung turun naik, macam nak meletop, terkeluar sume ada. Satu badan pulak seram sejuk macam nak tunggu kunjung tiba hantu :p Fiuhh.Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada negara kita :)

Walaupun pada aku, ref banyak memihak kat Indonesia, dan ini sangat lah tidak adil ! memang aku menyumpah-nyumpah ngan diorang, Kesian player malaysia kena buli sampai camtu, n ref jez tengok & warning kat niger tuh (tah sape nama aku tak amek tau) T_T . Tapi kan, kalau nak menang tetap menang. Kn kn ? (n_n)

Pasal player pulak, aku tanak komen pape. Kalau diorang takde, team Harimau muda takkan menang tau. Stop la nak kutuk2 diorang. Cuba si pengutuk ni berada kat tempat diorang tu, berada di tengah- tengah padang untuk bermain untuk malaysia, berat bahu diorang nak tanggung woo. Satu Malaysia bergantung kat diorang, Repeat, SATU MALAYSIA ! Dan lagi satu, cuba korang bayangkan cemana emosi diorang yang ada kat tengah padang dikelilingi 100,000 penyokong pihak lawan. Ingat senang nak control emosi dari penyokong lawan tu ? Kau mampu ? Itu antara yang boleh dibanggakan oleh player kita ok ! Jadi cubalah bersyukur dan berbangga dengan mereka.

Menang kena kutuk, Kalah apatah lagi. Susah tol lah nk center kan otak minoriti manusia yang kat Malaysia ni yang kerja nk kondemmm je. ! Haih 0.o


Tahniah OKS, harimau muda, Khairul Fahmi, dan yang sewaktu dengannya. Harini hari Senyum bangga Rakyat Malaysia . Thanks again HARIMAU MUDA !! :)

Thursday, November 17, 2011

MAS vs INA

Sokongan sepenuhnya pada Harimau Malaya malam ni. Go malaysia ! :) Even baru peringkat kumpulan pun, I know they will do the best ^_^



Gambar yang takde motif ape-ape. Tehee. Time kasih En. Boyfie wat baju ni untuk saya. Appreciate much ! Awak teramat lah memahami ape yang saya nak. :) Love Love !

Wednesday, November 16, 2011

WAREHOUSE SALES

Y.E.S dah kembali ! Dan warehouse sales pun akan bermula. Dalam palotak terus terbayang-bayang kesesakan yang serupa macam tin sardin kena lenyek-lenyek. Mana-mana barang yang aku pegang, mesti ada kepochi yang nak pegang sama. Kalau lah aku ada superpower, da kne lenyek diorang-diorang ni 0.o hihi

Nih la nak update warehouse sales kat mana. Cekidaut ! :)

10 - 20 November 2011 : MOG warehouse sales

MOG Warehouse Sale

Up to 80%

Branded Items from RM20 onwards

Eyewear Brands Offered : Bakar, Bonia, Emporio Armano, Esprit, Elle, Guess, Gucci, Hammer, Hugo Boss, Levis, Nikon, Rayban, Stepper, Versace, Versus, Zero-X


12-24 November 2011 : Adidas & Puma Sales


16 -17 November 2011 : J- Card Members Day - Bandar Utama



J Card Members Day – Bandar Utama

Up to 70% Discount

*You are welcomed to bring along TWO friends*

Supermarket Extragaganza, Jusco Gift Voucher Redemption, Ladies Apparel, Kids & Baby Wear, Sports Bargain, Bedding Bargain

18 - 20 November 2011 : Clarks Warehouse sales

Clarks Warehouse Sale

Up to 70% Off

**Clarks Footwear**

23 November - 4 December 2011 : Hush Puppies Apparel Sales

Hush Puppies Apparel Sale

Up to 70% Off

Shopping is always the best therapy for women  ($.$) ! Yeah ! Selamat bershopping yer. kbai! :)

Monday, November 14, 2011

SUPRISE FOR YOU :)

 Seminggu lebih aku dan geng-geng Neo berpakat semata-mata nak wat suprise untuk En. Boyfie tersayang. Susah ! Sebabnya aku kat KL, diorang kat Ipoh. Kadang-kadang melalut-lalut semua kasi idea, Si A bagi idea pelik, si B kasi idea lagi pelik, last-last bila digabung  idea dah jadi macam belacan tumbuk campo cili padi. 0.o Suprise ni gak buat sebab nya 12hb kami takde kat ipoh sebab da busy ada event lain. PM pon tak sebusy ni lah kan T_T .So nak tak nak, malam tu jugak celebrate nye.


Aku sampai Ipoh lebih kurang pukul 6.30 lepas settlekan semua hal kat KL. Dan lakonan pon bermula ^_^ Diorang mintak aku bawak wan pegi Padang Ipoh dalam pukul 11 malam. Dalam sejam melepak kat sana, diorang plak berkumpul kat restoran sabar menanti untuk sign big card tanda kenangan sambut besday wan. Pakatan hanya dalam fon sahaja. Susah upenya nak arranged suprise birthday ni. Haha :D


Lebih kurang 11.45 konvoi neo pun datang. Dalam 10 biji kereta ada rasanya. Dalam masa tu en.boyfie da fikir bukan-bukan da. Untuk selamat kan dia, aku amek fon dia dan simpan. Jahanam kene tepung dan telur naya je ! Haish. Aku berada kat belakang diorang je, tak sampai hati nak kasi tepung jugak. kihkihkih. kesian syg (._.')

kek ni plak aku tempah dari ayu. Sedap ! dua kali da tempah. tenkiu ayu. Apa yang aku mintak semua dia buat dengan baik. Blog dye yang ni ha --> u-rizhomemade 

Nampak tak plat number tulis WAN TF7 kat sebelah kek tu ? Tu la hadiah dari neo crews perak untuk dia. Sebagai Moderator Perak, aku rasa hadiah tu teramat bermakna untuk En. Boyfie. :)

  

Ni angah, mastermind yang kedua. Antara yang banyak membantu aku selain atox dengan yan. Terbaik BRO ! :)
 

 Kita dua dapat makan sikit je kek tu kan sayang. Al-maklumlah, dua dua tengah kekenyangan masa ni. Takpe, yang penting habis kek ni ! Tu yang nak pun. :D Well sayang, I'm glad you are so happy for this suprise :)

 Time ni badan En. Boyfie dah kering and tak busuk sangat dah. So dah boleh dekat n bergambar sesama. Hehe. Sorry sayang, Lya muntah kang susah pulak, paham-paham je la kalo bau telur tu :p

 Last, bergambar sesama reramai. Thanks korang menjayakan event ni ! Takde korang, event ni takkan jadi. Sayang family Silverian selamanya ! :)

BILA MEDIA MASSA MENGARANG CERITA

Apa yang auta, terus jadi fakta. Orang yang tak tahu menahu, terus menilai dengan cerita rekaan sendiri pada orang lain.

Tajuk femes hari ini, 'Hari Keluarga Genki 7'

Antara berita-berita yang dikeluarkan media massa.









Dan seperti biasa, cerita ini akan dipolitikkan oleh orang-orang yang berkenaan. Hanya orang yang tahu cerita sebenar boleh menilai mengenai hal ini.

*** LIPS SEALED***

Friday, November 11, 2011

SILA JAGA TEPI KAIN SENDIRI PLEASE !

Kadang-kadang kan, ada tak terlintas di hati dan fikiran orang yang suka jaga tepi kain orang ni macamana rasanya berada ditempat orang yang dijaga tepi kain nya itu.

Pernah tak terlintas kat fikiran macamana dekat tempat dia pun akan terjadi satu hari nanti. Contohnya hari ini dikutuk orang yang boyfriend orang tu tak kaya, kerja tak masyuk, tulat nanti kena batang hidung sendiri. Macam orang dulu kata, 'what's goes around comes around'. Ada pernah terlintas tak ? Atau boleh buka fikiran lebih meluas ?

Bagi saya, banyak lagi hal-hal yang manis boleh saya lalui dari mencuba menjatuhkan orang. Mesti sakit hati kalau tidak dapat menjatuhkan orang yang kamu benci bukan? Kenapa mesti nak menyakiti hati sendiri? Jadilah manusia yang dikurniakan akal untuk berfikiran lebih matang.

Rasanya bukan susah untuk tidak cuba menyakitkan hati orang lain sekiranya hati kamu disakiti. Kan ?

Jadinya, blog saya ini  dicipta untuk menulis apa yang saya lalui dalam kehidupan seharian. Bukan untuk mengumpul orang untuk pertikai apa yang saya buat.

Satu jari kamu tunding ke arah orang lain, sembilan jari yang lain tunding ke arah kamu.

Cuba berfikir sejenak, bahagia kah kamu dengan kehidupan kamu sekarang ? Sempurna kah kehidupan dengan menjadi seorang 'kambing hitam' dalam kehidupan orang lain ? Fikir kan baik buruk sesuatu perkara sebelum nak cakap apa-apa dekat orang lain. Jangan pertikai kehidupan orang lain jika kamu tidak berada di dalamnya.

To my haters, terima kasih. :)

Friday, November 4, 2011

4 NOVEMBER 2011


Tido awal keletihan berkerja di siang hari, dan bangun pagi-pagi baca bbm sweet begini. Ouh bahagia nya ! :) Memang sehari suntuk aku tersenyum bahagia. Bayangkan lah tengah buat kerja yang serabut palotak pun aku boleh tersenyum. Kan gila namanya tu. Haha. Ahh !, pedulikkan. Aku seronok dengan kehidupan aku sekarang.

Thanks Love.

You always special in my heart :)

5 Y 9 M <3

Tuesday, November 1, 2011

HELLO NOVEMBER !



Ouh I Love November So much !!
Hello hello November
^__________^