tersayang !

Monday, September 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA !


Sebulan dah berlalu, skang tiba RAYA. Paling aku tak suka bout raya bila aku terkenang Arwah Mak Tok aku. hurmm. We Miss her :') Semoga MakTok bahagia disana. Amin

Pada aku, aku hanya ucapkan maaf zahir batin kepada yang tertentu sahaja. Sebab ? Ok, aku tanak hipokrit macam sesetengah manusia yang beria minta maaf, menangis sampai meleleh hinguss tapi hanya dari kata-kata, bukan dari hati. Ramai kan manusia berperangai begini ? Hukum Alam kot. Kan ?

Dan pada aku yang terlebih Degil ni, bukan semua orang aku leh maafkan, lagi-lagi yang suka kait mengait antara aku dan hal keluarga, yang kalau boleh satu dunia nak dijaja cerita nya. Nak pandang pun aku tak nak dah. Ntah bila hati ni boleh memaafkan pun tak tahu. Moga Allah lembutkan sikit hati aku ni. Tapi kan, Sekurang-kurangnya, aku tidak sekejam kakak aku yang menggunakan HAND SANITIZER lepas bersalaman ngan orang yang annoying buat dia. Ganas kan ?

Papa selalu berpesan, ape-ape yang jadi, kita tetap berLAPAN, biar orang nak buat apa, biar orang nak reka cerita apa kat orang lain, kita just abaikan. Kalau orang tak nak kenang jasa time dia 'perlukan' bantuan kita, itu hak dia. Dia ada akal, boleh fikir. Hebat kan papa aku ? Sebab tu jadi utuh ikatan kekeluargaan kami, aku pula tak penah nak simpan rahsia dari mama ngan papa aku even sekelumit kuman pun. Sporting kan mereka ?

Aku sangat bahagia ada keluarga yang sempurna. Kbai!

No comments: